Tentang Kami
Senarai laman web Al-Quran yang mudah dicari.
Apa itu Al-Quran Directory?
Al-Quran Directory ialah senarai laman web Al-Quran dari Malaysia dan seluruh dunia, supaya anda tidak perlu mencari satu persatu. Kami hanya memaparkan pautan; semua kandungan, logo dan nama dimiliki oleh laman asal masing-masing.
Bagaimana kami memilih laman
- Berkaitan Al-Quran: bacaan, terjemahan, tafsir, audio, hafazan dan lain-lain.
- Laman rasmi atau daripada institusi yang dikenali lebih diutamakan.
- Percuma, mudah dibuka dan diselenggara.
Notis Privasi
- Borang Hubungi Kami dan Cadangkan Laman Web mengumpul nama, e-mel dan mesej atau cadangan anda. Kami menggunakannya hanya untuk membalas anda dan menyemak cadangan.
- Untuk menyekat spam, alamat IP anda disimpan buat sementara dalam bentuk cincangan (hash), dan dalam log keselamatan selama 7 hari.
- Kami tidak menjual atau berkongsi maklumat anda dengan sesiapa, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang. Mesej dan cadangan dipadam selepas 90 hari.
- Mengisi borang adalah sukarela, tetapi tanpa e-mel kami tidak dapat membalas. Untuk melihat, membetulkan atau memadam maklumat anda, gunakan borang Hubungi Kami.
Misi Kami
Memudahkan umat Islam mendapatkan akses kepada sumber Al-Quran yang sahih, berkualiti dan bermanfaat.